2 sahabat melambung
SUNGAI PETANI: Hasrat
dua sahabat yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat
sini, menikmati makan tengah hari bersama berakhir tragedi apabila menemui ajal
selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum bertembung lori, semalam.
Kemalangan berlaku jam 2.45 petang di Jalan Semeling-Bujang berhampiran kampus
UiTM Merbok, dekat sini, menyebabkan kedua-dua mangsa, Muhammad Shafiq Saiful
Bahri dan Muhammad Firdaus Tajuddin, masing-masing berusia 19 tahun meninggal
dunia di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang
motosikal ditunggangi Muhammad Firdaus tiba-tiba pecah ketika melalui kawasan
selekoh menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke laluan
bertentangan dan merempuh sebuah lori.
Menurutnya, kedua-dua pelajar tahun satu itu dipercayai dalam perjalanan dari
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbabit untuk makan tengah hari di
pekan Semeling dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave.
“Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa melambung dan terjatuh di tepi jalan
menyebabkan mereka parah di kepala dan seluruh badan.
“Kedua-dua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian dan jenazah mereka
dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, untuk dibedah siasat,” katanya.
Katanya, polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1), Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, Muhammad Shafiq adalah pelajar jurusan pengurusan perniagaan
manakala Muhammad Firdaus pula mengikuti pengajian pentadbiran awam.
Sementara itu,
jurucakap UiTM berkata, Muhammad Firdaus berasal dari Bandar Puteri Jaya, di
sini, manakala Muhammad Shafiq dari Seberang Jaya baru mendaftar masuk empat
bulan lalu sebagai pelajar.
Arwah ngan anak buah..
**Ya..terasa sangat kehilangan dia..walaupun dia bukanlah ahli rapat keluarga aku..dia yg dimaksudkan adik Muhammaf Firdaus Tajuddin..anak sedara biras aku..Sangat2 terkejut waktu terima berita yg dia meninggal kemalangan. Dia xcident kui 2.45..Kami terima berita kui 4.30 camtu..Kami lebih senang panggil dia "Adik" sbb dia anak bongsu. Dia ni sgt sukakan budak2. Sgt baik orgnya..Icha pun rapat ngan dia. Klau jumpa sure nk pegi ja kat abg pidot dia neh!!..Pagi nk kebumikan Jenazah aku baru sempat pegi ziarah..yerla..umahnya kat Sg Petani..Nk pegi malam2 susah la sikit sbb en.suami kat Ipoh..Aku pegi drive sensorng..OTW pegi tu mmg terbayang2 muka arwah..Last aku jumpa dia masa cuti hari malaysia. Jumpa kat Village Mall sg petani. Icha nampak dr jauh dh jerit.."Abg Pidotttt!!"..tu la last aku jumpa dia..huhuhu..
Melalui cerita mak & family2 dia..perangai dia sedikit pelik saat2 akhir tu..selalunya dia x pernah pun nk kunci semua almari2 dalam bilik dia..nah tetiba dia kunci abih..Kunci pun diorg x jumpa cari..Dia juga rajin sangat buatkan sarapan untuk kakak dia yg dlm berpantang..Arwah ada juga tulis sesuatu dekat kad matrik yg menunjukkan hari tu adalah hari terakhir arwah..huhuhu
Beberapa jam before trajedi..ini kawan arwah yg ceritakan..diorg janji nk gi mkan. selepas tu ada study group. Kengkawannya dh tunggu kat kedai mkn..tinggal diorg berdua ni jer belum sampai. kawan yg cerita ni bg tau dia col firdaus & soh cepat sikit. & firdaus jawab jgn nk kalut satgi kot kami mati xcident..Kawan yg sorg lagi pulak ckp..x perla mati pun..kita mati syahid..
Aku tengok arwah jenazah, x berubah sikit pun muka dia..dia hanya luka sikit jer kat muka. Maybe dia luka teruk kat bahgaian dalam.
"Ya-Allah Ya Tuhanku, kau cucurilah rahmat keatas Roh Adik Muhammad Firdaus Bin Tajuddin, mudah-mudahan Arwah tergolong dalam golongan orang-orang yg beriman.. Al-Fatihah..
Lots Of Luv..